Tarikh
Shalom!
7 Oktober 2017
BELIA DAN HARI IBU
Jalan Salib pada 29/3/2013 – Kg Potuki.
Katekese musim prapaska yang ke-4 telah diadakan pada 18/3/2013 di Gereja St Peter Tombovo: “Tuhan, sampai berapa kali aku harus mengampuni saudara-saudaraku?” yang disampaikan oleh Fr Florian Marcus. Beberapa umat dari gereja-gereja naugan HNPT juga hadir bersama mendengar katekese ini. Selepas sesi, jamuan ringan telah disajikan.
KOMITI
KATEKETIKAL HNPT
TAKLIMAT GURU PEMBIMBING DAN IBUBAPA PELAJAR
PMG PAROKI HOLY NATIVITY TERAWI
Tarikh: 19/1/2013
Masa:
12:30 pm
Tempat: Gereja St Simon Duvanson
Pembimbing
Tombovo yang hadir:-
1. Mr & Mrs Donald
2.
Christina
3. Francis
4. Venancy
5. Caroline
6.
Bonaventure
Apa yang diberi dalam taklimat oleh Sr.
Dariah??
Diringkaskan.....
Keluarga adalah sebagai
katekis utama kepada anak-anak. Keluarga bertindak sebagai “domestic
church”.
Siapakah guru pembimbing itu atau juga dipanggil
katekis?
Bukan sahaja katekis tetapi setiap yang sudah dibaptis
perlu berkongsi iman, perlu menginjil sesuai dengan seruan Yesus
(Lalu Ia berkata kepada mereka: "Pergilah ke seluruh dunia,
beritakanlah Injil kepada segala makhluk. - Mark 16:15). Katekis, ibu
bapa adalah tulang belakang Gereja. Harus pergi dan melayani dan
wartakan ajaran-ajaran Gereja (penginjilan baru Tahun Iman) dan perlu
berpandukan KGK, perlu juga baca dokumen-dokumen Vatikan II. Mereka
yang datang gereja dua kali setahun perlu dicari dan diinjili, umat,
pembimbing harus memberi kesaksian tentang iman. Setiap keluarga
harus ada buku KGK sesuai Tahun Iman. Buku ringkasan KGK juga
available (BM terbitan Diosis Keningau).
Komiti yang
berkenaan perlu buat “study group” dan perlu adakan perjumpaan
setiap minggu untuk belajar KGK, juga sebagai persiapan untuk
mengajar di samping buku SKM.
Buku Tahun 3 tentang sakramen
ekaristi, doa selepas komuni, pengakuan dan lain-lain..perlu ambil
perhatian. Semua pelajar wajib ada buku teks (Uskup), kehadiran,
penglibatan pelajar di gereja, ujian penting. Sekiranya ada pelajar
berada di luar Tahap 1 hingga 5, perlu guna buku IKD.
Ujian-ujian
untuk calon-calon ada disediakan oleh komisi dan ia adalah standard
semua diosis kena guna.
Disarankan agar tidak terlalu banyak
ambil cuti untuk PMG.
Tidak kira bila anak-anak masuk PMG,
mereka harus diterima jangan tolak.
Janji perkhawinan mesti
ingat, janji ke-3 di hadapan paderi di mana janji untuk mendidik
anak-anak untuk menjadi orang Kristian yang baik.
Ibubapa
sanggup belanja untuk beri tuition kepada anak-anak tetapi bagaimana
pula dengan kedatangan anak-anak ke PMG yang tidak diambil berat
sedangkan bayaran kurang malah FOC.
Dalam PMG harus mengajar,
kongsi siapa Yesus tetapi iman perlu diisi, dimantapkan dahulu.
Membawa pelajar agar akrab dengan peribadi Yesus. Ajaran harus lebih
kepada perkongsian iman, hidup disamping buku-buku panduan katekese
dan buku-buku SKM yang disediakan oleh para Uskup. Ibu bapa perlu
guna buku berkenaan untuk membimbing anak-anak dirumah. Anak-anak
digalak dihantar awal PMG (Tahun 1).
Penerbitan buku-buku SKM
adalah atas permintaan ibu bapa dahulu (11 tahun lepas).
Jika
ada anak masuk PMG pada Tahun 2 (dia miss Tahun 1) maka dia kena
belajar Tahun 1. Begitulah juga dengan semua Tahap, yang termiss
ambil Tahap-tahap sebelumnya kena ambil walaupun dia perlu tunggu
beberapa tahun (saranan Uskup). Jika ada anak-anak yang setelah
dievaluate, didapati memuaskan walaupun umur belum sampai untuk
penerimaan, maka boleh dipertimbangkan setelah dipastikan dia
boleh.Buku 9, 10 (Roh Kudus) adalah persiapan untuk
penguatan, Uskup minta calon-calon didedahkan kepada LLS.
Semua
aktiviti PMG akan ikut Takwin 2013 yang diedarkan...katekese,
taklimat dan sebagainya.
Ada aduan dari para paderi tentang
anak-anak yang masih tak pandai mengaku dosa, dan kekeliruan mereka
tentang Doa Tobat dan Doa Sesal?
BERITA DARI ARCHDIOSIS KOTA KINABALU
PENJELASAN POLEMIK TAJUDDIN OTHMAN ADDULLAH (THOMAS LAIDEN)
"Iktibar Buat Mereka Yang Murtad!"
[Perkara berkenaan sudah pernah dijelaskan 10 tahun yang lalu dan sekali lagi beberapa tahun yang lalu. Namun, orang-orang yang tidak bertanggungjawab terus-menurus memperjuangankan kepalsuan dan dengan sengaja berniat jahat untuk mengelirukan umat (Penuntut) kristian di sekolah-sekolah dan Institut pengajian tinggi. Murid-murid kristian di Negara kita sering memohon penjelasan dari pihak Gereja mengenai tohmahan ini. Oleh sebab itu, kami mengeluarkan kembali kenyataan ini untuk membetulkan ajaran dan tohmahan yang palsu dan yang tidak bertanggungjawab itu.
Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan perlbagai adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita berwarna-warni, hidup, dan menjadikan kita semakin dekat dengan sesama dan Sang Pencipta kita.
Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak suka menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Dalam artikel singkat ini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majallh "MUSLIMAH" terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"
Dalam artikel tersebut beliau mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Konon dia pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)
Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini.
Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin kristian katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada kaum muslimin dan semua pembaca yang budiman tentang agama kristian katolik.
Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.
Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang "ustaz" murahan. Jika perlu kami sentiasa bekerja sama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah
Surat dokumen ini dikeluarkan daripada Uskup-uskup Semenanjung Malaysia
Kepada saudara-saudari dalam Kristus,
Jika anda menukar agama ke agama Islam, ketahuilah bahawa ada perubahan besar pada kedudukan anda menurut undang-undang dan apa yang anda boleh lakukan atau tidak boleh lakukan. Apabila anda menukar agama ke agama Islam, ia akan didaftarkan di Jabatan Agama Negeri dan di Jabatan Pendaftaran Negara dalam system computer dan informasinya dapat diketahui di seluruh Negara.
Menurut Hukum Syariah di kebanyakan 13 negeri di Malaysia:
1.Kembali ke agama asal adalah (a) tidak dibenarkan menurut hukum, atau (b) menjadi suatu suatu kesalahan di mana anda boleh didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan menurut hokum Syariah di kebanyakan Negeri.
2.Jika anda di bawah umur 18 tahun, anda perlukan kebenaran daripada ibubapa untuk memeluk agam Islam.
3.Dalam Kad Pengenalan anda akan direkodkan bahawa agama anda adalah Islam. Maka walaupun anda tidak lagi mengamal ajaran Islam, anda akan tetap didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan kerana melanggar hukum Syariah. Misalnya, anda didapati berdoa in gereja, makan dikhalayak orang ramai dalam bulan puasa, khalwat dll.
4.Anda tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan Islam. Jika anda memutuskan untuk bercerai dan kembali ke agama asal, anda akan kehilangan hak untuk menjaga anak-anak anda sebab mereka adalah Muslim.
5.Jika anda meninggal dunia, anak saudara anda yang bukan Islam tidak menpunyai hak untuk menurut harta, wang dan apa sahaja yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah memeluk agama Islam akan diambil oleh Majlis Agama Islam daripada keluarganya yang bukan Islam untuk dibumikan menurut cara Islam walaupun dia sudah lama tidak lagi hidup sebagai seorang Muslim.
6.Jika pasangan anda bertukar agama kepada Islam, anda tidak mempunyai hak ke atas anak-anak anda dan hartamilik pasangan anda.
Kami tahu bahawa ada orang Kristian yang menukar agama ke Islam atas sebah-sebah tertentu tidak sedar akan akibatnya dan tidak memikirkan dengan serius akan implikasi undang-undang pada diri mereka. Sebah itulah kamu perlu diberi informasi ini.
Dengan ini kami tidak berniat untuk menentang Islam dan kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita dalam Perkara 11 yang memberi hak kepada setiap individu kebebasan untuk memilih agamanya. Tetapi untuk membuat pilihan yang benar anda perlu tahu dengan jelasnya apa yang anda pilih dan apakah akibatnya kerana pilihan anda itu.
Uskup Agung Murphy Pakiam, Uskup Agung Kuala Lumpur
Uskup Antony Selvanayagam, Uskup Penang
Uskup Paul Tan SJ, Uskup Melaka-Johor