Tarikh

Shalom!

7 Oktober 2017

Perkhemahan Percutian Disember 2012

Perkhemahan percutian ini adalah anjuran Ministri Kehidupan Keluarga, HNPT. Program adalah bagi  kanak-kanak berumur antara 9 hingga 12 tahun. Ia berlangsung di Pace Bene, FSIC, Pusat Pembentukan Rohani dan Retret, Purak, Papar. Serama lima orang kanak-kanak dari Gereja St. Peter Tombovo telah menyertai program ini.
 PEMBAIKAN LANDSKAP GEREJA
Gotong royong telah dilaksanakan oleh komuniti gereja pada 16.12.2012 untuk menambah baik kawasan landskap gereja. Lebih sepuluh batang poko telah ditanam di bahagian hadapan gereja. Kawasan gereja memang kekurangan pokok dan dengan adanya pokok-pokok maka diharap menambah kualiti astetika kawasan gereja.

SEMINAR SEHARI
PERKONGSIAN IMAN DI GEREJA ST. PETER TOMBOVO
Seminar sehari ini telah diadakan pada 25.11.2012 di Gereja St. Peter Tombovo. Tujuannya adalah sebagai salah satu program kerohanian dan penginjilan selaras dengan keperluan Tahun Iman yang berlangsung dari bulan Oktober 2012 sehingga November 2013.

Seminar sehari ini dianjurkan sendiri oleh para umat Gereja St. Peter Tombovo yang telah menyertai Retret di Rumah Retret Keuskupan Keningau (RRKK) di Purun pada 19 hingga 21 Ogos 2012 yang lalu. Seminar ini adalah ditujukan kepada para umat, komuniti dan keluarga Katolik di Tombovo sahaja.  Pada akhir Seminar, bilangan umat hadir adalah lebihkurang 60 orang.

Seminar ini bermula dengan pendaftaran para umat pada jam 8:00 pagi. Katekesis kepada umat bertajuk “Iman” dan “Kristus Raja” telah disampaikan oleh saudara Bonaventure Mojungkim dan saudara Pascalis Claudius bermula pada jam 8:15 pagi di gereja.

Selepas itu perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr. Florian Marcus dimulakan pada jam 9:30 pagi.  Dalam homilinya, Fr. Florian menegaskan kepada umat agar jangan malu dan segan mewartakan iman mereka tetapi harus menjadi garam dan terang kepada dunia.


PATUNG BONDA PERAWAN MARIA
Patung Bonda Perawan Maria yang terletak di grotto di sebelah bangunan gereja. Umat berkumpul di grotto untuk menyampaikan permohonan-permohonan kepada Bonda Perawan dalam doa rosari. Patung ini telah dicat semula kerana cat asalnya telah pudar.
GROTTO GEREJA ST PETER TOMBOVO

Bahagian depan grotto yang hampir siap disimen

PENIMBUNAN KAWASAN GROTTO

Pembinaan benteng kecil telah dimulakan pada 3.10.2012 untuk tujuan penimbusan kawasan depan grotto Gereja St Peter Tombovo. Penimbusan telah siap pada 7.10.2012. Aktiviti telah dilaksanakan oleh para umat melalui gotong royong.


 MINGGU KATEKETIKAL DI GEREJA ST PETER TOMBOVO 2012

Minggu Kateketikal di Gereja St Peter Tombovo (Tuan rumah) peringkat Paroki yang berlangsung pada 16/9/2012. Kelihatan dalam gambar Kordinator Paroki saudara Sylvester menyerahkan banner kepada kordinator kateketikal Tombovo saudara Andrew diperhatikan oleh Rektor Paroki. 
Pertandingan melukis berdasarkan tema Minggu Kateketikal    
Para umat yang telah menjayakan program Minggu Kateketikal


SEMINAR PEMANTAPAN IMAN KATOLIK GABUNGAN PERINGKAT PAROKI ST MICHAEL'S PENAMPANG & PAROKI HOLY NATIVITY TERAWI

Seminar ini berlangsung dari 30 hingga 31 Ogos 2012 di St Jud's Hall, Limbanak, Penampang. Seramai 10 umat Gereja St Peter Tombovo telah menghadiri seminar ini. Seminar ini diadakan demi memantapkan iman terutama kepada para pembimbing PMG. 

Objektif: i) Memantapkan Iman Para Katekis/Pembimbing
ii) Menanamkan semangat Missionari
(To strengthen the faith of the Catechists and
To instill in them the Missionary Spirit)

Khamis 30/8/2012
7.00 mlm - Pendaftaran / Registration
- Puji-pujian /Praise Song
7.30 mlm - Pentakhtaan Alkitab / Bible Enthronement
- Selamat Datang /Welcome
- Pengenalan / Introduction
8.00 mlm - Sesi 1: “Semangat Missionari dalam Pelayanan”
/Missionary Spirit
9.30 mlm -Soal jawab / Q & A
- Doa Malam / Night Prayer

Jumaat 31/8/2012
7.00 pgi - Doa Pagi / Morning Prayer
7.30 pgi - Sarapan pagi / Breakfast
8.15 pgi - Puji-pujian / Praise Song
8.30 pgi - Sesi 2: “Liturgi – Sakramen-Sakramen”
/ Liturgy - Sacraments
10.00 pgi - Rehat / Minum / Tea Break
10.30 pgi - Sesi 3: “Menghargai Iman Katolik”
/ Appreciating the Catholic Faith
12.00 tengahari – Makan Tengahari / Lunch
1.30 ptg. - Sesi 4: Bengkel / Workshop
2.30 ptg - Sesi 5: “Sabda Menjadi Manusia”
/ The Word was Made Flesh
4.00 ptg Rehat / Tea Break
6.00 ptg - Sunset Mass
- Makan malam / Dinner
8.00 mlm - Puji-pujian / Praise Song
- Sesi 6: “Apa Perbezaannya?”
/ What’s the Difference?
9.30 mlm - Soal jawab / Q & A
- Rumusan / Summary
10.00 mlm - Doa malam / Night Prayer

"MELAYANI BERSAMA DI DALAM IMAN, HARAPAN DAN KASIH"

RETRET "CITRA SEORANG PEMIMPIN SEJATI ADALAH PELAYAN KRISTUS"
 
Seramai 26 umat dari paroki St. Peter Tombovo telah menyertai retret pelayanan di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Purun. Retret berlangsung dari 19/8/2012 hingga 21/8/2012. Sebanyak 7 sesi ceramah telah disampaikan termasuklah ceramah dari Ketua Pembimbing Rohani Keuskupan Keningau iaitu Fr. Gilbert Lasius.
PEMBUBARAN PARISH PASTORAL COUNCILS
Semua Parish Pastoral Councils (PPCs) di Kota Kinabalu Archdiosis telah dibubarkan pada 10/6/2012. PPC baru akan bermula pada 12/8/2012. Dalam PPC baru ini, tempoh misi dilanjutkan dari 2 tahun kepada 3 tahun (Ogos 2012 – Ogos 2015). PPC yang telah dibubar sekarang akan bertindak sebagai “caretaker” sehinggalah PPC baru dibentuk. Dalam edaran (circular) ada diberikan garispanduan bagi membantu Ad Hoc Komiti parish dalam proses pemilihan (election) ini. 

Keperluan utama (primary) menjadi ahli PPC ialah 1) iman yang kuat, 2) kedudukan moral yang baik, 3) bersikap berhati-hati (prudence), 4) kemahuan bebas untuk melayani, 5) kasih kepada Gereja dan 6) bersedia melayani sepanjang masa. 

Keperluan kedua (secondary) ialah 1) mengetahui keadaan situasi parish, 2) kualiti kepimpinan, dan 3) keupayaan bekerja dengan yang lain. 

Tugas utama PPC ialah membantu parish priest dan pembantunya dalam misi pastoral Gereja terutama dalam pembaharuan kehidupan Kristian sesuai dengan decree Vatikan Council II.



BAZAAR DI HOLY NATIVITY PARISH TERAWI
Bazaar ini berlangsung pada 14/7/2012 untuk mengumpul dana bagi pembinaan Gereja Our Lady of Talang Taun. Pelbagai barangan seperti baju, barangan kraftangan, makanan minuman ada dijual di gerai-gerai yang disediakan di perkarangan Parish. Buku-buku rohani dijual di tempat yang disediakan iaitu di Dewan HNPT.
PENERIMAAN SAKRAMEN EKARISTI KUDUS PERTAMA
GSPT (29/6/2012) – Seramai 34 calon telah menerima sakramen Ekaristi Kudus pertama semasa Perayaan Misa Pesta St. Peter yang dipimpin oleh Rev Fr Florian Marcus. Sebelum itu para calon pilihan telah melaksanakan sakramen pengakuan dosa pada 20.6.2012 dikuti tiga hari Triduum bermula dari 26 hingga 28.6.2012 di Gereja St Peter Tombovo dan seterusnya penerimaan komuni pertama pada 29.6.2012. Dalam homili Fr Florian menjelaskan tentang rahmat dari sakramen Ekaristi itu di mana melaluinya umat perlu melaksanakan kehidupan yang kudus.  Fr juga mengucapkan terima kasih kepada para ibubapa dan pembimbing atas usaha dan kerjasama yang telah ditunjukan.  

Selepas itu para umat berkumpul di Dewan St Peter untuk menjamu makan malam (potluck) selepas pemotongan kek. Aktiviti selanjutnya ialah penyampaian sijil komuni, hadiah kuiz dan cabutan tiket bertuah. 

PENGAKUAN DOSA PARA CALON SAKRAMEN EKARISTI KUDUS PERTAMA PADA 20/6/2012
Seramai 34 orang calon telah melaksanakan pengakuan dosa di Gereja St. Peter Tombovo oleh paderi Florian Marcus. Calon-calon ini terdiri dari 5 orang dewasa (adult) dan selebihnya kanak-kanak dari tahun 4 hingga tahun 6. Sebelum pengakuan dosa bernula doa singkat telah dilaksanakan sebagai persediaan kepada para calon. Pengakuan bermula pada jam 5 petang dan tamat pada jam 6:20 petang. Para pilihan akan menerima sakramen Ekaristi Kudus pertama pada 29/6/2012 sempena Feast of St Peter.

Selepas pengakuan dosa para pilihan telah disajikan minuman dan makanan ringan. Perayaan Misa Kudus bermula pada jam 7 malam. Selepas Misa Kudus paderi Florian telah menyampaikan katekesis tentang sakramen Ekaristi dan sakramen pertobatan kepada para pilihan dan ibubapa yang hadir bersama.


Akhir sekali makan malam telah disajikan untuk semua umat. Hidangan nasi telah disediakan oleh Liga Wanita manakala lauk-pauk disediakan oleh para pilihan (potluck).  
SAMBUTAN HARI BAPA
GSPT (17/6/2012) - Sambutan Hari Bapa pada kali ini diraihkan di mana semua bapa yang menghadiri perayaan Misa Kudus pada 17/6/2012 telah diminta oleh Rektor untuk keluar ke hadapan. Selepas itu pihak belia telah memberikan buah tangan kepada bapa-bapa. Rektor kemudiannya memberikan pemberkatan kepada bapa-bapa sebelum kembali ke tempat duduk masing-masing. Selesai Misa Kudus, para bapa telah dihidangkan makanan ringan di Dewan St Peter Tombovo.

Rektor HNPT sedang bersalamam kepada bapa-bapa

GOTONG ROYONG 
GSPT (16/6/2012) - Gotong royong membersih kawasan luar dan dalam gereja dan dewan telah dilaksanakan oleh para umat. Selain itu, penebangan pokok dan pembinaan parit untuk mengurangkan masalah air bertakung juga telah dilaksanakan. Selesai gotong royong umat menikmati makan tengahari yang disediakan oleh Liga Wanita. Seramai lebihkurang 20 orang mengambil bahagian dalam gotong royong termasuk juga belia-belia. 

Membina saluran air untuk mengurangkan masalah air bertakung

Membersih kawasan stor tempat penyimpanan perkakasan


PERTANDINGAN KUIZ BAGI CALON-CALON SAKRAMEN EKARISTI KUDUS PERTAMA
Pertandingan telah diadakan pada 10/6/2012 di Gereja St Peter Tombovo. Pertandingan pada asalnya dicadang dilakukan di Dewan tetapi disebabkan hujan lebat maka program terpaksa di jalankan dalam gereja. Seramai 18 calon mengikuti kuiz yang berteraskan soalan-soalan yang mencangkup tentang Liturgi, Sakramentals, Ajaran Gereja dan Kitab Suci. Pertandingan ini adalah sebahagian dari program sempena 'Bible Month' Gereja St Peter Tombovo. Para pemenang akan menerima hadiah masing-masing pada 29/6/2012 sempena "Feast of St. Peter". Turut hadir dalam pertandingan ini ialah para pembimbing, belia dan para ibubapa. 



HARI IBU 
SPT (13/5/2012) - Pertemuan sederhana sesama umat telah diadakan di Dewan St Peter Tombovo untuk merayakan Hari Ibu selepas Misa Kudus yang juga disertai oleh Fr Florian selepas beliau melaksanakan upacara pembaptisan bayi. Dalam perayaan ini para ibu telah disambut dengan kain permaidani merah yang dihiasi dengan lilin. Seramai lebihkurang 40 umat menyertai pertemuan ini di mana mereka telah disajikan makanan 'potluck', minuman, buah-buahan dan kek.  
Pengagihan kek


Sedang menikmati makanan dan minuman yang disediakan

PEMBAPTISAN BAYI
SPT (13/5/2012) - Seramai tiga orang bayi dari Kg. Kapazan dan Kg. Potuki telah menerima sakramen Pembaptisan yang diupacarakan oleh Fr. Florian. Dalam upacara tersebut Fr Florian mengingatkan kepada para ibubapa tentang tanggungjawab mereka mendidik anak-anak mereka dengan sebaiknya sesuai dengan ajaran-ajaran agama Katolik. Upacara dilaksanakan selepas perayaan Misa Kudus di mana juga telah dihadiri oleh umat yang lain. 
Kg. Kapazan

Kg. Potuki

Pengurapan minyak kepada bayi-bayi sebelum pembaptisan


PERKONGSIAN DARIPADA SEMINARIAN DAN DARI FR. FLORIAN MARKUS TERHADAP PANGGILAN
SPT (Ahad 6/5/2012) – Perkongsian daripada dua orang seminarian iaitu Gilbert Markus, Herman dan Fr Florian telah diadakan di gereja St. Peter Tombovo selepas Misa Kudus. Seramai 11 orang umat telah hadir ke perkongsian ini terdiri daripada 3 orang belia dari Tombovo, 3 orang dewasa dan selebihnya dari paroki gereja yang lain. 

Antara perkongsian Fr Florian ialah tentang kebaikan seminari di mana mereka akan dapat belajar sesuatu yang baru dan istimewa di suatu tempat yang baru dan disiplin yang ketat. Sebagai ‘doctor of souls’, Fr Florian tidak menyesal menjadi paderi dan memohon agar para paderi sentiasa didoakan. Tentang Deacon, menurut Fr Florian seorang deacon tidak boleh melaksanakan konsekrasi, pengakuan dosa dan pengurapan orang sakit. 

Bagi Gilbert Marcus adalah abang kepada Fr Florian dan berada di tahun 1 seminari (Falsafah). Gilbert sanggup meletak jawatan dalam kerajaan hanya semata-mata mahu menjawab panggilan itu. Sebelum itu Gilbert melayani altar servers dan sekolah minggu di tempat beliau. 

Seorang lagi semianri iaitu Herman menasihati kepada yang terasa terpanggil agar berani melangkah menyahut panggilan kerana Tuhan sentiasa membantu. Kepada yang terasa terpanggil untuk menjadi paderi, sister mereka dinasihatkan agar tidak takut berjumpa paderi atau sister.      
RETRET PENYEMBUHAN BATIN

Retret ini berlangsung dari 27-29/4/2012 di Gereja Holy Nativity Terawi. Seramai lebihkurang 150 umat dari 4 paroki gereja menyertai retret penyembuhan batin ini. Bilangan peserta dari Paroki Gereja St Peter Tombovo adalah 10-15 orang. Retret ini dikendalikan sepenuhnya oleh para brother dan sister dari Putri Carmel dan CSE Kaingaran, Tambunan di bawah Keuskupan Diosis Keningau. 


PERAYAAN SEMASA MINGGU SUCI DI GEREJA ST PETER TOMBOVO 
Upacara membasuh kaki pada Hari Khamis Suci  pada 5/4/2012 yang dilaksanakan oleh Fr. Florian 
Para calon pembaptisan diberi penerangan oleh cik Yusnita tentang apa yang harus  mereka lakukan  semasa upacara penerimaan sakramen-sakramen pada keesokan harinya (6/4/2012). 
Upacara pemberkatan api yang dilaksanakan oleh Fr Florian pada  Hari Sabtu Agung (7/4/2012)
Para calon baptis semasa upacara pemberkatan api
Sebahagian daripada umat yang berada di luar gereja sebelum upacara pemberkatan api bermula
Upacara pemberkatan air

Upacara pembaptisan yang dilaksanakan kepada 13 orang calon
Upacara pengurapan minyak karisma kepada para calon
Para calon menerima komuni kudus buat pertama kalinya

Bergambar bersama-sama Fr Florian 

Selepas Misa Kudus Hari Minggu Paska para umat mengadakan fellowship dengan menjamu selera (Potluck) bersama dengan mereka yang telah dibaptiskan di Dewan St Peter
Mereka yang telah dibaptiskan juga ambil bahagian dalam fellowship Paska. Mereka memperkenalkan diri, nama dan asal  mereka.  Saudara berbaju hitam itu berasal dari Kota Belud


Bergambar beramai-ramai sebelum upacara memotong kek Paska


RETRET PENYEMBUHAN BATIN DI HOLY NATIVITY PARISH TERAWI
Pada 25/3/2012 Brother Treso dari Pertapakan Karmel, Kaingaran Tambunan telah menyertai perayaan Misa Kudus bersama para umat di Gereja St. Peter Tombovo. Perayaan Misa Kudus telah dilaksanakan oleh Fr. Florian yang bermula pada jam 9:00 pagi. Sebelum Misa Kudus berakhir Br. Treso telah diberi kesempatan untuk menyampaikan pengumuman tentang Retret Penyembuhan Batin yang akan diadakan di Parish Terawi bermula dari 27 hingga 29 April  2012. Brother Tresco menjemput para umat agar menyertai Retret tersebut. Para belia digalakkan menyertai retret tersebut kerana mereka adalah harapan dan masa depan dalam membangun Gereja Kristus. Menurut Brother Treso pada kali ini mereka sendiri datang ke parish ini di mana para umat tidak perlu pergi ke Kaingaran untuk penyembuhan batin ini. Para umat harus bersukacita atas kedatangan ini kerana ia sungguh-sungguh sebagai satu tanda kelimpahan kasih Tuhan kepada umat di parish HNCT khasnya. Inilah retret pertama yang diadakan di Parish Holy Nativity Church Terawi pada tahun ini. Had penyertaan untuk retret tersebut ialah seramai 500 orang dan mengutamakan para umat dari gereja-gereja paroki Parish Terawi. Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM50 bagi orang dewasa dan sebanyak RM35 bagi pada belia yang tidak bekerja.   
KUNJUNGAN LIGA WANITA ZON PENAMPANG PARISH KE GEREJA PAROKI PARISH TERAWI ST. PETER TOMBOVO
Lawatan daripada umat Liga Wanita dari Parish Penampang dan Parish Terawi ke Gereja St. Peter Tombovo pada 18.3.2012. Selepas Misa Kudus yang bermula pada jam 9 pagi, ketua Liga Wanita Parish Terawi Pn Batress mngucapkan selamat datang kepada para ahli Liga Wanita berkenaan. Selepas itu Sister Lucy menyampaikan perkongsian beliau tentang pelayanan di gereja beserta dengan pesanan rohani kepada para umat untuk terus memperkukuhkan gereja Kristus melalui pelayanan yang sukarela tanpa menginginkan apa-apa ganjaran. Selepas sesi perkongsian para ahli Liga dan umat termasuk Fr. Florian menuju ke Dewan St Peter untuk menikmati makan tengahari. 

Selepas makan tengahari semua mula menyaksikan persembahan dari Liga-Liga Wanita yang berupa tarian dan drama. Aktiviti selesai pada jam lebihkurang 2 petang selepas sesi bergambar beramai-ramai.
Pengerusi Liga Wanita Parish Terawi, Puan Batress okong memulakan sesi selepas selesai Misa Kudus

Sister Lucy baru sahaja memulakan perkongsiannya dan dihadiri  umat gereja St Peter Tombovo dan  para ahli Liga Wanita 

Para umat yang sedang mendengar perkongsian Sister Lucy
Sister Lucy menyampaikan perkongsiannya yang menyentuh tentang penginjilan, iman dan peranan Roh Kudus dalam pelayanan. Katanya tuaian banyak dan memerlukan ramai pekerja untuk tuaian itu. Ia bermaksud pelayanan di gereja  di mana ia haruslah ikhlas dan tidak terpaksa. Pelayanan yang ikhlas akan memberikan buah yang baik dan efektif. Sister juga menekankan bahwa kita yang sudah dibaptiskan dan dikuatkan sudah memiliki Roh Kudus dan harus mengaktifkan Roh Kudus itu sesuai dengan pelayanan masing-masing. Pertemuan kali ini dihadiri oleh liga wanita dari paroki Penampang Parish dan wakil liga wanita dari paroki Parish Terawi. Kita berharap pertemuan-pertemuan seperti ini akan sentiasa digandakan dari semasa ke semasa. Kita juga berterima kasih kepada liga wanita Parish Terawi kerana telah melaksanakan kunjungan ini demi membangun iman peribadi, sesama dan komuniti. Semoga pertemuan seperti ini akan dihadiri lebih ramai umat kita di masa-masa akan datang.   






Makan tengahari sebelum persembahan dan acara bermula (Sis Lucy, Fr Florian)
Persembahan dari liga wanita Terawi dan Duvanson










Persembahan drama dari liga wanita Gereja St Peter Tombovo




BERITA DARI ARCHDIOSIS KOTA KINABALU

..

PENJELASAN POLEMIK TAJUDDIN OTHMAN ADDULLAH (THOMAS LAIDEN)

"Iktibar Buat Mereka Yang Murtad!"

[Perkara berkenaan sudah pernah dijelaskan 10 tahun yang lalu dan sekali lagi beberapa tahun yang lalu. Namun, orang-orang yang tidak bertanggungjawab terus-menurus memperjuangankan kepalsuan dan dengan sengaja berniat jahat untuk mengelirukan umat (Penuntut) kristian di sekolah-sekolah dan Institut pengajian tinggi. Murid-murid kristian di Negara kita sering memohon penjelasan dari pihak Gereja mengenai tohmahan ini. Oleh sebab itu, kami mengeluarkan kembali kenyataan ini untuk membetulkan ajaran dan tohmahan yang palsu dan yang tidak bertanggungjawab itu.

Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan perlbagai adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita berwarna-warni, hidup, dan menjadikan kita semakin dekat dengan sesama dan Sang Pencipta kita.

Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak suka menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Dalam artikel singkat ini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majallh "MUSLIMAH" terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"

Dalam artikel tersebut beliau mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Konon dia pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)

Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini.

Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin kristian katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada kaum muslimin dan semua pembaca yang budiman tentang agama kristian katolik.

Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.

Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang "ustaz" murahan. Jika perlu kami sentiasa bekerja sama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah


Surat dokumen ini dikeluarkan daripada Uskup-uskup Semenanjung Malaysia

Kepada saudara-saudari dalam Kristus,

Jika anda menukar agama ke agama Islam, ketahuilah bahawa ada perubahan besar pada kedudukan anda menurut undang-undang dan apa yang anda boleh lakukan atau tidak boleh lakukan. Apabila anda menukar agama ke agama Islam, ia akan didaftarkan di Jabatan Agama Negeri dan di Jabatan Pendaftaran Negara dalam system computer dan informasinya dapat diketahui di seluruh Negara.

Menurut Hukum Syariah di kebanyakan 13 negeri di Malaysia:

1.Kembali ke agama asal adalah (a) tidak dibenarkan menurut hukum, atau (b) menjadi suatu suatu kesalahan di mana anda boleh didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan menurut hokum Syariah di kebanyakan Negeri.

2.Jika anda di bawah umur 18 tahun, anda perlukan kebenaran daripada ibubapa untuk memeluk agam Islam.

3.Dalam Kad Pengenalan anda akan direkodkan bahawa agama anda adalah Islam. Maka walaupun anda tidak lagi mengamal ajaran Islam, anda akan tetap didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan kerana melanggar hukum Syariah. Misalnya, anda didapati berdoa in gereja, makan dikhalayak orang ramai dalam bulan puasa, khalwat dll.

4.Anda tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan Islam. Jika anda memutuskan untuk bercerai dan kembali ke agama asal, anda akan kehilangan hak untuk menjaga anak-anak anda sebab mereka adalah Muslim.

5.Jika anda meninggal dunia, anak saudara anda yang bukan Islam tidak menpunyai hak untuk menurut harta, wang dan apa sahaja yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah memeluk agama Islam akan diambil oleh Majlis Agama Islam daripada keluarganya yang bukan Islam untuk dibumikan menurut cara Islam walaupun dia sudah lama tidak lagi hidup sebagai seorang Muslim.

6.Jika pasangan anda bertukar agama kepada Islam, anda tidak mempunyai hak ke atas anak-anak anda dan hartamilik pasangan anda.

Kami tahu bahawa ada orang Kristian yang menukar agama ke Islam atas sebah-sebah tertentu tidak sedar akan akibatnya dan tidak memikirkan dengan serius akan implikasi undang-undang pada diri mereka. Sebah itulah kamu perlu diberi informasi ini.

Dengan ini kami tidak berniat untuk menentang Islam dan kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita dalam Perkara 11 yang memberi hak kepada setiap individu kebebasan untuk memilih agamanya. Tetapi untuk membuat pilihan yang benar anda perlu tahu dengan jelasnya apa yang anda pilih dan apakah akibatnya kerana pilihan anda itu.

Uskup Agung Murphy Pakiam, Uskup Agung Kuala Lumpur

Uskup Antony Selvanayagam, Uskup Penang

Uskup Paul Tan SJ, Uskup Melaka-Johor

KK Observes First-Ever World Priest Day

KOTA KINABALU(CS).- Kota Kinabalu Archdiocese observed the World Day of Sanctification of Priests or World Priest Day for the first time on June 14, Solemnity of the Sacred Heart of Jesus at the Sacred Heart Cathedral Karamunsing.

Archbishop John Lee presided over the Mass, concelebrated with most of the archdiocese's priests, assisted by the two deacons.

In his homily, the presider explained about the significance of the day through the liturgical readings, and asked the faithful present for their continual prayers for them.

However, he also expressed his disappointment that the cathedral parishioners did not turn out in full force to show their support for the clergy as it was also their feast day.

Prior to the Eucharistic celebration, the clergy prepared themselves with a day of reflection facilitated by Fr Peter Abas and Fr Michael Modoit at the Vianney Home Dontozidon.

A spokesperson told Catholic Sabah that there will be regular follow-ups (fellowship/sharing) for young priests (six to ten years in priesthood), junior priests (one to five years) and for deacons/seminarians (who have finished their studies) with their respective coordinators.

In 2002, Pope John Paul II announced a special annual world priest day, a day of prayer for the sanctification of priests to be held on the feast of the Sacred Heart of Jesus.

On 25 August 1856, Blessed Pope Pius IX inscribed the Solemnity of the Sacred Heart in the Calendar of the Catholic Church, directing that it be celebrated on the Friday after the Octave of Corpus Christi (the Body of Christ) each year.

He was responding to a formal request made by Jesus Himself almost two centuries earlier in 1675 to a French Visitation nun, Margaret Mary Alacoque.

Jesus expressed His wish that the Feast of the Sacred Heart be a day of reparation, not for sins in general, but specifically for sins against the Eucharist.

"Behold this Heart, Which has loved men so much, that It has spared nothing, even to exhausting and consuming Itself, in order to testify to them Its love; and in return I receive from the greater number nothing but ingratitude by reason of their irreverence and sacrileges, and by the coldness and contempt which they show Me in this Sacrament of Love," Jesus told Margaret Mary in June 1675.

Jesus continued, "But what I feel most keenly is that it is hearts which are consecrated to Me, that treat Me thus. Therefore I ask of thee that the Friday after the Octave of Corpus Christi be set apart for a special day to honour My Heart, by communicating on that day and making reparation to It by a solemn act, in order to make amends for the indignities which It has received during the time It has been exposed on the altars."

This message of the Sacred Heart to St Margaret Mary is both consoling and challenging.

It reminds us all of the endlessness of the Love of Jesus for each one of us.

But it also challenges us, especially the priests who are consecrated in such a special way to the Lord.

Let us then pray for them that they follow ever more faithfully in the footsteps of Jesus the High Priest and give fitting honour to His Sacred Heart.

One way to pray for our priests is to join the Annual Global Rosary Relay.

The idea is a simple one: in that each of the 60 participating shrines prays a particular mystery of the Rosary at a particular half hour on the day in thanksgiving to God for our priests and to implore the protection and loving care of Our Lady, Mother of all priests, for all her priestly sons.

With the coming of midnight on the solemnity of the Sacred Heart, the entire world, by then, will have been encircled in prayer for our priests on the Annual Rosary Relay Day.

The rosary recited before or after Mass that day can be dedicated to it.