Tarikh

Salam Dama!

13 Nov 2014

KUNJUNGAN LIGA WANITA ZON PENAMPANG PARISH KE GEREJA PAROKI PARISH TERAWI ST. PETER TOMBOVO
Lawatan daripada umat Liga Wanita dari Parish Penampang dan Parish Terawi ke Gereja St. Peter Tombovo pada 18.3.2012. Selepas Misa Kudus yang bermula pada jam 9 pagi, ketua Liga Wanita Parish Terawi Pn Batress mngucapkan selamat datang kepada para ahli Liga Wanita berkenaan. Selepas itu Sister Lucy menyampaikan perkongsian beliau tentang pelayanan di gereja beserta dengan pesanan rohani kepada para umat untuk terus memperkukuhkan gereja Kristus melalui pelayanan yang sukarela tanpa menginginkan apa-apa ganjaran. Selepas sesi perkongsian para ahli Liga dan umat termasuk Fr. Florian menuju ke Dewan St Peter untuk menikmati makan tengahari. 

Selepas makan tengahari semua mula menyaksikan persembahan dari Liga-Liga Wanita yang berupa tarian dan drama. Aktiviti selesai pada jam lebihkurang 2 petang selepas sesi bergambar beramai-ramai.
Pengerusi Liga Wanita Parish Terawi, Puan Batress okong memulakan sesi selepas selesai Misa Kudus

Sister Lucy baru sahaja memulakan perkongsiannya dan dihadiri  umat gereja St Peter Tombovo dan  para ahli Liga Wanita 

Para umat yang sedang mendengar perkongsian Sister Lucy
Sister Lucy menyampaikan perkongsiannya yang menyentuh tentang penginjilan, iman dan peranan Roh Kudus dalam pelayanan. Katanya tuaian banyak dan memerlukan ramai pekerja untuk tuaian itu. Ia bermaksud pelayanan di gereja  di mana ia haruslah ikhlas dan tidak terpaksa. Pelayanan yang ikhlas akan memberikan buah yang baik dan efektif. Sister juga menekankan bahwa kita yang sudah dibaptiskan dan dikuatkan sudah memiliki Roh Kudus dan harus mengaktifkan Roh Kudus itu sesuai dengan pelayanan masing-masing. Pertemuan kali ini dihadiri oleh liga wanita dari paroki Penampang Parish dan wakil liga wanita dari paroki Parish Terawi. Kita berharap pertemuan-pertemuan seperti ini akan sentiasa digandakan dari semasa ke semasa. Kita juga berterima kasih kepada liga wanita Parish Terawi kerana telah melaksanakan kunjungan ini demi membangun iman peribadi, sesama dan komuniti. Semoga pertemuan seperti ini akan dihadiri lebih ramai umat kita di masa-masa akan datang.   






Makan tengahari sebelum persembahan dan acara bermula (Sis Lucy, Fr Florian)
Persembahan dari liga wanita Terawi dan Duvanson










Persembahan drama dari liga wanita Gereja St Peter Tombovo




BERITA DARI ARCHDIOSIS KOTA KINABALU

..

PENJELASAN POLEMIK TAJUDDIN OTHMAN ADDULLAH (THOMAS LAIDEN)

"Iktibar Buat Mereka Yang Murtad!"

[Perkara berkenaan sudah pernah dijelaskan 10 tahun yang lalu dan sekali lagi beberapa tahun yang lalu. Namun, orang-orang yang tidak bertanggungjawab terus-menurus memperjuangankan kepalsuan dan dengan sengaja berniat jahat untuk mengelirukan umat (Penuntut) kristian di sekolah-sekolah dan Institut pengajian tinggi. Murid-murid kristian di Negara kita sering memohon penjelasan dari pihak Gereja mengenai tohmahan ini. Oleh sebab itu, kami mengeluarkan kembali kenyataan ini untuk membetulkan ajaran dan tohmahan yang palsu dan yang tidak bertanggungjawab itu.

Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan perlbagai adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita berwarna-warni, hidup, dan menjadikan kita semakin dekat dengan sesama dan Sang Pencipta kita.

Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak suka menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Dalam artikel singkat ini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majallh "MUSLIMAH" terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"

Dalam artikel tersebut beliau mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Konon dia pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)

Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini.

Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin kristian katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada kaum muslimin dan semua pembaca yang budiman tentang agama kristian katolik.

Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.

Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang "ustaz" murahan. Jika perlu kami sentiasa bekerja sama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah


Surat dokumen ini dikeluarkan daripada Uskup-uskup Semenanjung Malaysia

Kepada saudara-saudari dalam Kristus,

Jika anda menukar agama ke agama Islam, ketahuilah bahawa ada perubahan besar pada kedudukan anda menurut undang-undang dan apa yang anda boleh lakukan atau tidak boleh lakukan. Apabila anda menukar agama ke agama Islam, ia akan didaftarkan di Jabatan Agama Negeri dan di Jabatan Pendaftaran Negara dalam system computer dan informasinya dapat diketahui di seluruh Negara.

Menurut Hukum Syariah di kebanyakan 13 negeri di Malaysia:

1.Kembali ke agama asal adalah (a) tidak dibenarkan menurut hukum, atau (b) menjadi suatu suatu kesalahan di mana anda boleh didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan menurut hokum Syariah di kebanyakan Negeri.

2.Jika anda di bawah umur 18 tahun, anda perlukan kebenaran daripada ibubapa untuk memeluk agam Islam.

3.Dalam Kad Pengenalan anda akan direkodkan bahawa agama anda adalah Islam. Maka walaupun anda tidak lagi mengamal ajaran Islam, anda akan tetap didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan kerana melanggar hukum Syariah. Misalnya, anda didapati berdoa in gereja, makan dikhalayak orang ramai dalam bulan puasa, khalwat dll.

4.Anda tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan Islam. Jika anda memutuskan untuk bercerai dan kembali ke agama asal, anda akan kehilangan hak untuk menjaga anak-anak anda sebab mereka adalah Muslim.

5.Jika anda meninggal dunia, anak saudara anda yang bukan Islam tidak menpunyai hak untuk menurut harta, wang dan apa sahaja yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah memeluk agama Islam akan diambil oleh Majlis Agama Islam daripada keluarganya yang bukan Islam untuk dibumikan menurut cara Islam walaupun dia sudah lama tidak lagi hidup sebagai seorang Muslim.

6.Jika pasangan anda bertukar agama kepada Islam, anda tidak mempunyai hak ke atas anak-anak anda dan hartamilik pasangan anda.

Kami tahu bahawa ada orang Kristian yang menukar agama ke Islam atas sebah-sebah tertentu tidak sedar akan akibatnya dan tidak memikirkan dengan serius akan implikasi undang-undang pada diri mereka. Sebah itulah kamu perlu diberi informasi ini.

Dengan ini kami tidak berniat untuk menentang Islam dan kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita dalam Perkara 11 yang memberi hak kepada setiap individu kebebasan untuk memilih agamanya. Tetapi untuk membuat pilihan yang benar anda perlu tahu dengan jelasnya apa yang anda pilih dan apakah akibatnya kerana pilihan anda itu.

Uskup Agung Murphy Pakiam, Uskup Agung Kuala Lumpur

Uskup Antony Selvanayagam, Uskup Penang

Uskup Paul Tan SJ, Uskup Melaka-Johor

KK Observes First-Ever World Priest Day

KOTA KINABALU(CS).- Kota Kinabalu Archdiocese observed the World Day of Sanctification of Priests or World Priest Day for the first time on June 14, Solemnity of the Sacred Heart of Jesus at the Sacred Heart Cathedral Karamunsing.

Archbishop John Lee presided over the Mass, concelebrated with most of the archdiocese's priests, assisted by the two deacons.

In his homily, the presider explained about the significance of the day through the liturgical readings, and asked the faithful present for their continual prayers for them.

However, he also expressed his disappointment that the cathedral parishioners did not turn out in full force to show their support for the clergy as it was also their feast day.

Prior to the Eucharistic celebration, the clergy prepared themselves with a day of reflection facilitated by Fr Peter Abas and Fr Michael Modoit at the Vianney Home Dontozidon.

A spokesperson told Catholic Sabah that there will be regular follow-ups (fellowship/sharing) for young priests (six to ten years in priesthood), junior priests (one to five years) and for deacons/seminarians (who have finished their studies) with their respective coordinators.

In 2002, Pope John Paul II announced a special annual world priest day, a day of prayer for the sanctification of priests to be held on the feast of the Sacred Heart of Jesus.

On 25 August 1856, Blessed Pope Pius IX inscribed the Solemnity of the Sacred Heart in the Calendar of the Catholic Church, directing that it be celebrated on the Friday after the Octave of Corpus Christi (the Body of Christ) each year.

He was responding to a formal request made by Jesus Himself almost two centuries earlier in 1675 to a French Visitation nun, Margaret Mary Alacoque.

Jesus expressed His wish that the Feast of the Sacred Heart be a day of reparation, not for sins in general, but specifically for sins against the Eucharist.

"Behold this Heart, Which has loved men so much, that It has spared nothing, even to exhausting and consuming Itself, in order to testify to them Its love; and in return I receive from the greater number nothing but ingratitude by reason of their irreverence and sacrileges, and by the coldness and contempt which they show Me in this Sacrament of Love," Jesus told Margaret Mary in June 1675.

Jesus continued, "But what I feel most keenly is that it is hearts which are consecrated to Me, that treat Me thus. Therefore I ask of thee that the Friday after the Octave of Corpus Christi be set apart for a special day to honour My Heart, by communicating on that day and making reparation to It by a solemn act, in order to make amends for the indignities which It has received during the time It has been exposed on the altars."

This message of the Sacred Heart to St Margaret Mary is both consoling and challenging.

It reminds us all of the endlessness of the Love of Jesus for each one of us.

But it also challenges us, especially the priests who are consecrated in such a special way to the Lord.

Let us then pray for them that they follow ever more faithfully in the footsteps of Jesus the High Priest and give fitting honour to His Sacred Heart.

One way to pray for our priests is to join the Annual Global Rosary Relay.

The idea is a simple one: in that each of the 60 participating shrines prays a particular mystery of the Rosary at a particular half hour on the day in thanksgiving to God for our priests and to implore the protection and loving care of Our Lady, Mother of all priests, for all her priestly sons.

With the coming of midnight on the solemnity of the Sacred Heart, the entire world, by then, will have been encircled in prayer for our priests on the Annual Rosary Relay Day.

The rosary recited before or after Mass that day can be dedicated to it.