Tarikh
Shalom!
7 Oktober 2017
BERITA DARI ARCHDIOSIS KOTA KINABALU
PENJELASAN POLEMIK TAJUDDIN OTHMAN ADDULLAH (THOMAS LAIDEN)
"Iktibar Buat Mereka Yang Murtad!"
[Perkara berkenaan sudah pernah dijelaskan 10 tahun yang lalu dan sekali lagi beberapa tahun yang lalu. Namun, orang-orang yang tidak bertanggungjawab terus-menurus memperjuangankan kepalsuan dan dengan sengaja berniat jahat untuk mengelirukan umat (Penuntut) kristian di sekolah-sekolah dan Institut pengajian tinggi. Murid-murid kristian di Negara kita sering memohon penjelasan dari pihak Gereja mengenai tohmahan ini. Oleh sebab itu, kami mengeluarkan kembali kenyataan ini untuk membetulkan ajaran dan tohmahan yang palsu dan yang tidak bertanggungjawab itu.
Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan perlbagai adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita berwarna-warni, hidup, dan menjadikan kita semakin dekat dengan sesama dan Sang Pencipta kita.
Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak suka menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Dalam artikel singkat ini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majallh "MUSLIMAH" terbitan Februari 1999, bertajuk "Iktibar buat mereka yang murtad!"
Dalam artikel tersebut beliau mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Konon dia pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)
Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini.
Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin kristian katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada kaum muslimin dan semua pembaca yang budiman tentang agama kristian katolik.
Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.
Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang "ustaz" murahan. Jika perlu kami sentiasa bekerja sama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
Rev. Fr. Dr. Charles Chiew Keuskupan Keningau, Sabah
Surat dokumen ini dikeluarkan daripada Uskup-uskup Semenanjung Malaysia
Kepada saudara-saudari dalam Kristus,
Jika anda menukar agama ke agama Islam, ketahuilah bahawa ada perubahan besar pada kedudukan anda menurut undang-undang dan apa yang anda boleh lakukan atau tidak boleh lakukan. Apabila anda menukar agama ke agama Islam, ia akan didaftarkan di Jabatan Agama Negeri dan di Jabatan Pendaftaran Negara dalam system computer dan informasinya dapat diketahui di seluruh Negara.
Menurut Hukum Syariah di kebanyakan 13 negeri di Malaysia:
1.Kembali ke agama asal adalah (a) tidak dibenarkan menurut hukum, atau (b) menjadi suatu suatu kesalahan di mana anda boleh didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan menurut hokum Syariah di kebanyakan Negeri.
2.Jika anda di bawah umur 18 tahun, anda perlukan kebenaran daripada ibubapa untuk memeluk agam Islam.
3.Dalam Kad Pengenalan anda akan direkodkan bahawa agama anda adalah Islam. Maka walaupun anda tidak lagi mengamal ajaran Islam, anda akan tetap didenda, dirotan, ditangkap atau dipenjarakan kerana melanggar hukum Syariah. Misalnya, anda didapati berdoa in gereja, makan dikhalayak orang ramai dalam bulan puasa, khalwat dll.
4.Anda tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan Islam. Jika anda memutuskan untuk bercerai dan kembali ke agama asal, anda akan kehilangan hak untuk menjaga anak-anak anda sebab mereka adalah Muslim.
5.Jika anda meninggal dunia, anak saudara anda yang bukan Islam tidak menpunyai hak untuk menurut harta, wang dan apa sahaja yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah memeluk agama Islam akan diambil oleh Majlis Agama Islam daripada keluarganya yang bukan Islam untuk dibumikan menurut cara Islam walaupun dia sudah lama tidak lagi hidup sebagai seorang Muslim.
6.Jika pasangan anda bertukar agama kepada Islam, anda tidak mempunyai hak ke atas anak-anak anda dan hartamilik pasangan anda.
Kami tahu bahawa ada orang Kristian yang menukar agama ke Islam atas sebah-sebah tertentu tidak sedar akan akibatnya dan tidak memikirkan dengan serius akan implikasi undang-undang pada diri mereka. Sebah itulah kamu perlu diberi informasi ini.
Dengan ini kami tidak berniat untuk menentang Islam dan kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita dalam Perkara 11 yang memberi hak kepada setiap individu kebebasan untuk memilih agamanya. Tetapi untuk membuat pilihan yang benar anda perlu tahu dengan jelasnya apa yang anda pilih dan apakah akibatnya kerana pilihan anda itu.
Uskup Agung Murphy Pakiam, Uskup Agung Kuala Lumpur
Uskup Antony Selvanayagam, Uskup Penang
Uskup Paul Tan SJ, Uskup Melaka-Johor